Saturday, January 28, 2012

Pokok Apa Aku Nak Tanam?

Batas
Hari ni dengan semangatnya aku membuat batas.Korang tengok kat gambar sebelah ni aku dah sediakan 2 batas untuk aku Berbudi Pada Tanah.Tapi masalahnya sekarang pokok apa aku nak tanam?

Soalan itu yang sedang bermain dalam minda aku sekarang ni.Rasanya pokok jenis apa yang sesuai, untuk kita tanam pada batas, kebiasaan orang akan tanam pokok jenis sayuran.

Jadi hari dalam tengaharikan aku akan ke nursery yang berdekatan rumah aku untuk aku mencari bernih pokok jenis apa yang sesuai untuk aku tanam di batas   yang aku telah buat, harap-harap adalah benih yang sesuai.

kebun070707: Rasanya macam nak tanam sayur kangkung jer .. hehhehehe

Monday, January 23, 2012

Pokok Limau Kasturi

Pokok limau kasturi

Pokok limau kasturi ini baru je aku tanam pada 2 minggu lepas, bernih pokok limau kasturi ini aku ambil dari rumah mak aku dapat free jer.Selepas 2 minggu aku rasakan pokok limau kasturi ini akan terus hidup subur dikebun aku dan makin membesar.

Kenapa aku tanam pokok limau kasturi kerana pokok limau kasturi ini sesuai dengan iklim yang lembab dan panas seperti cuaca negara kita ini, lagi pun pokok limau kasturi ini tidak memilih tanah untuk terus hidup tapi ia cukup sesuai ditanam pada tanah jenis lom berpasir (sandy loam).

Selain daripada iklim yang sesuai pada pokok limau kasturi dan tidak memilih tanah untuk terus hidup, buah limau kasturi itu sendiri yang membuatkan aku minat hendak menanam pokok limau kasturi ini kerana buahnya sedap dibuat air minuman dan ada juga kadang kala digunakan dalam masakan.

Pokok limau kasturi juga mempunyai banyak khasiat terutama pada buah limau kasturi, antara khasiat limau kasturi adalah :

1) Limau kasturi mengurangkan lelah.
- Ambil sesudu madu, kalau boleh madu asli kemudiam campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.
- Minum campuran jus limau kasturi dengan madu tadi sehingga habis.

2) Limau kasturi melegakan pening kepala.
- Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagia atasnya.
- Kemudian pucit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar dan pastikan anda menghalakan cecair ke arah hidung semasa ia terpancut.

3) Limau kasturi mengatasi masalah badan berbau.
- Amalkan selalu memakan kulit limau kasturi secara mentah.

4) Limau kasturi menyembuhkan sakit tekak.
 Biasanya buah limau kasturi digunakan bagi menyembuh sakit tekak akibat lendir dan kahak.
- Bagi orang dewasa,anda campurkan jus limau kasturi dengan sedikit lada hitam.Kemudiam kacau campuran              
  jus limau kasturi tadi sehingga rata dan minum.
- Jika kanak-kanak pula, anda boleh campurkan jus limau kasturi dengan sedikit madu.Tujuan mengantikan
  lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakan daripada kanak-kanak mengalami kepanasan.

5) Limau kasturi menghilangkan kesan minyak pada pakaian.
- Perahkan sebijik limau kasturi ke dalam piring.
- Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.
- Kemudian gosokkan campuran jus limau kasturi dan garam tadi pada bahagian pakaian yang terkena
  minyak.
- Lepas dah gosok biarkannya selama 5 minit hingga 10 minit kesan minyak tu akan hilang nanti.

Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian bersama dengan pakaian lain macam biasa.

Begitulah 5 khasiat limau kasturi yang dapat aku kongsikan bersama mudah-mudahan ia dapat membantu korang nanti sambil tu dapat juga korang berjimat.

Kebun070707: Penggunaan limau kasturi untuk mengubati penyakit adalah satu ikhtiar sesungguhnya Allah S.W.T yang berkuasa menyembuhkan manusia daripada kesakitan.

Sunday, January 22, 2012

Pokok

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ...

Tadi baru sahaja selesai menyiram dan membaja semua pokok pokok di kebun aku sambil menyanyi lagu hazama.
Ni aku share ngan korang lagu apa aku nyanyi tadi ... hehheheheh

Monday, January 16, 2012

Daun Bawang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ...

Daun bawang pokok baru yang aku baru cuba untuk tanam.Sebenarnya aku tak ada pengalaman lansung dalam menanam pokok bawang ni tapi aku cuba juga lah sebab kalau kita tak cuba mana kita hendak tahu hasilnya.

Percubaan pertama aku dalam daun bawang ni aku letakan bawang dalam bekas yang berisikan air untuk akar bawang memanjang dan mengeluarkan daun.
Tidak lama pun untuk menunggu akarnya memanjang dan bawang tu mengeluarkan daun.Dalam kes aku bawang yang aku letak dalam bekas berisi air ambil masa dalam satu minggu sahaja.

Selepas akar bawang sudah memanjang dan mengeluarkan daun aku alihkan bawang tersebut kedalam bekas lain seperti gambar sebelah ni.
Aku meletakan akarnya sahaja kedalam tanah manakala badan bawang tu aku biarkan diatas tanah tujuannya aku tidak mahu bawang tu busuk nanti.Kalau bawang tersebut berada didalam tanah sebab tanah akan lembab apabila kita menyiramnya nanti kelembaban tanah tersebut menyebabkan bawang tersebut jadi lembik dalam berair.

Selepas semua proses pengalihan dibuat aku hanya perlu menjaga pokok daun bawang tersebut untuk menjadi lebih matang sebelum aku alihkan ke kebun aku nanti.Sampai sini sahaja proses pokok daun bawang aku nanti aku update lagi kalau ada perkembangan terbaru terhadap pokok daun bawang aku.Kalau korang ada info boleh la share kat bahagian comment nanti.

070707 : Daun bawang merupakan sejenis tumbuhan herba dari genus Allium.Bahagian atas duan bawang tidak pejal kerana tumbuhan ini tidak mempunyai bahagian akar yang tumbuh dengan menyeluruh.




Thursday, January 12, 2012

Pokok Serai

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ...

Harap semua sihat-sihat belaka memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang nih.
Semalam hari hujan saat yang aku tunggu-tunggukan kerana sudah 2 minggu di kawasan aku ni tidak terima hujan Alhamdullillah bersyukur aku.

Hari ni aku nak cerita pasal pokok serai.

Pokok serai ni aku tanam dekat belakang rumah jer,pada asalnya aku tanam menggunakan 3 batang serai yang diberi oleh mak mertua aku pada bulan april 2011 sekarang ni alhamdullillah dah boleh guna untuk memasak pun.
Bagi aku tanam pokok serai di belakang rumah banyak kelebihannya terutama pada orang yang malas pergi ke kedai macam aku malah menjimatkan memandangkan kos hidup di kuala lumpur ni tinggi lagipun pokok serai mudah ditanam kerana dia tak perlu penjagaan yang rapi seperti baja dan air sesuai dengan kehidupan warga kota yang sebuk dari pagi hingga ke malam.

pokok serai
Pokok serai
Sedikit info mengenai pokok serai.
Pokok serai atau nama botani Cymbopogen Citratus adalah tumbuhan herba malar hijau yang selalunya digunakan dalam masakan dikalangan masakan Asia terumatanya masakan Thailand,Kemboja,Vietnam dan Caribbean.Kebiasan masakan Malaysia yang banyak menggunakan serai adalah seperti Tomyam ataupun Rendang.

pokok serai
Batang serai
Batang serai yang aku ambil untuk masakan makan tengahari (masak lemak cili api) mudah kan tak perlu ke pasar semata-mata hendak membeli serai malah menjimatkan.

070707: Bagi sesiapa yang malas ke kedai elok la rasanya korang tanam pokok serai kat belakang rumah korang.

Tuesday, January 10, 2012

Cangkul Oh Cangkul

Jika korang sedang memikirkan mengambil berkebun sebagai HOBI baru korang maka korang perlu juga memikirkan peralatan yang perlu korang sediakan terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti berkebun.

Kat sini aku nak share skit la ngan korang peralatan yang aku gunakan untuk aktiviti berkebun aku.

Cangkul
Cangkul


Cangkul
Kalau korang tengok cangkul yang aku gunakan mesti berbeza dengan cangkul yang biasa kita tengok waktu zaman kita kecil-kecil dahulu atau masa ayah,atok nenek kita gunakan dahulu.
Cangkul ni cukup berbeza dengan cangkul dahulu sebab ianya diperbuat daripada besi dan ringan.Jadi takdela penat sangat kalau korang hendak mengamburkan tanah atau membuat batas..... hahhahahahaha
Cangkul ni korang boleh dapat di kedai HARDWARE yang berdekatan dengan tempat tinggal korang,tanye jer dengan apek kedai tu CANGKUL MODEN .... sure dia akan keluarkan cangkul yang same dengan gambar diatas ....

070707: Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku gunakan cangkul ni?Jawapannya senang jer AKU NI PERKEBUN MODEN walaupun teknik-teknik berkebun aku tak cukup moden ... hahahhahahahah





Monday, January 9, 2012

Panduan Menanam Pokok Pisang

Selepas melihat Pokok Pisang yang aku tanam menunjuk tanda-tanda positif,aku berasa berpuas hati kerana usaha yang aku lakukan telah menunjukan akan ada hasilnya nanti.
Semangat terus membara aku terus search kat internet mencari cara-cara menanam pokok pisang untuk menambah pengetahuan pasal pokok pisang.

Dibawah ni aku share cara-cara menanam pokok pisang yang telah aku ceduk dari portal rasmi jabatan pertanian.

PANDUAN MENANAM :
Iklim dan tanah:
Keadaan panas dan lembap adalah paling sesuai untuk tanaman pisang.  Ia boleh ditanam di atas jenis tanah yang dalam, ringan serta rata.  Secara umumnya, suhu optimum antara 25oC-30oC sesuai untuk tanaman pisang.  Suhu yang rendah akan memberi kesan yang negatif kepada pertumbuhan batang, daun dan melewatkan kematangan pokok.  Jangan tanam di atas tanah yang bertakung air.
Tanah bertekstur lempung berpasir dan keadaan tanah adalah peroi sesuai untuk pisang.  Keadaan permukaan tanah yang sesuai hingga beralun iaitu kecerunan kurang 12%.  Pisang tidak sesuai ditanam di tanah yang mempunyai halangan terhadap pertumbuhan akar seperti tanah padat, lapisan batu, paras air tinggi, gambut dan lapisan asid.
Untuk pertumbuhan yang baik, pokok pisang sangat memerlukan cahaya yang terbuka.  Jika terdapat naungan, pertumbuhan batang palsu akan berlarutan dan pokok bertambah tinggi.  Tempoh kematangan juga akan berlarutan dari keadaan biasa.
Suhu yang terlalu tinggi serta pendedahan cahaya yang berpanjangan akan mengakibatkan kelecuran pada buah.  Tiupan angin turut mempengaruhi pertumbuhan pokok.  Angin yang kuat boleh merosakkan daun dan mematahkan pucuk serta merendahkan mutu hasil buah.  Penanaman pisang tidak digalakkan di kawasan yang terdedah kepada tiupan angin melebihi 15 km/jam.
Bahan tanaman:
Ada tiga jenis sulur untuk digunakan sebagai bahan tanaman:-

Sulur Dara - Akar-akar sudah terbentuk
Sulur Pedang - Tegap,subuh dan baik untuk dijadikan benih
Sulur Payung - Ubi kecil dah lebar,akar dan batang lemah

  •        Tanaman TunggalSistem Penanaman:
Diusahakan untuk pengeluaran secara komersil dan bekalan berpanjangan.  Jarak tanaman ialah 2.5 m x 2.5 m dengan kepadatan 1,600 pokok sehektar.  Pada jarak 3 m x 3 m kepadatan mencapai 1,100 pokok sehektar.
 
·         Tanaman Selingan
Pisang ditanam bersama tanaman kekal, seperti getah, kelapa sawit, koko dan durian sebagai tanaman selingan sebelum pengeluaran hasil daripada tanaman utama.  Sebaris pisang dengan jarak 3 m x 3 m dengan kepadatan 700-900 pokok sehektar dapat ditanam antara barisan kelapa sawit atau pokok getah dan juga pokok buah-buahan yang bersesuaian.
Gali lubang sebesar 45 cm x 45 cm x 60 cm (1.5 x 1.5 x 2 kaki).  Gaul tanah lapis atas dengan 11-14 kg. baja organan dan 125 gm baja fostat.  Jarak tanaman ialah antara 3 m x 3 m hingga 3.6 m x 3.6 m.
Pembajaan:
Pembajaan dilakukan secara ditabur sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 cm.  Pembajaan menggunakan sistem poket juga biasa digunakan.  Poket atau lubang sedalam 15 cm digali sejauh dalam lingkungan semeter daripada pangkal rumpun atau pokok pisang.
Dalam sistem tanaman pisang secara tunggal, adalah disyorkan pisang ditanam dengan kaedah sistem tanaman berbatang tunggal atau single stem kerana sistem ini sesuai bagi pekebun pisang yang mementingkan berat tandan dan kualiti buah khususnya untuk eksport.  Dalam sistem berbatang tunggal ini, hanya pokok induk dibiar tumbuh dari mula hingga peringkat berbuah (satu generasi sahaja).  Anak-anak sulur yang tumbuh dibuang semuanya bermula pada 3-4 bulan selepas menanam dan diulangi membuangnya setiap 6-8 minggu sekali sehingga permulaan musim menuai.  Apabila 60% keluasan kawasan telah dituai, pemangkasan menyeluruh dilakukan untuk memilih satu anak sulur sahaja pada setiap rumpun untuk dijadikan ratun dan yang selebihnya dibuang.  Pemilihan pokok ratun ini adalah berdasarkan kepada ketinggian sulur (70-100 cm) dan yang didapati tumbuh di umbisi utama.
Sementara itu sistem yang sesuai bagi tanaman selingan adalah seperti dihuraikan dalam pemangkasan sulur atau dengan mengguna kaedah sistem berbatang dua.  Sistem ini bermaksud pada setiap masa serumpun pisang mempunyai dua batang pokok iaitu pokok yang akan berbuah dan anak sulur. Dalam sistem ini sulur yang dipilih adalah ketika pokok induk mula mengeluarkan bunga iaitu 8 bulan selepas ditanam bagi pisang berangan dan 6-7 bulan bagi pisang mas.
070707:Lepas ni boleh la korang cuba tanam pokok pisang dirumah korang plak........