Monday, January 23, 2012

Pokok Limau Kasturi

Pokok limau kasturi

Pokok limau kasturi ini baru je aku tanam pada 2 minggu lepas, bernih pokok limau kasturi ini aku ambil dari rumah mak aku dapat free jer.Selepas 2 minggu aku rasakan pokok limau kasturi ini akan terus hidup subur dikebun aku dan makin membesar.

Kenapa aku tanam pokok limau kasturi kerana pokok limau kasturi ini sesuai dengan iklim yang lembab dan panas seperti cuaca negara kita ini, lagi pun pokok limau kasturi ini tidak memilih tanah untuk terus hidup tapi ia cukup sesuai ditanam pada tanah jenis lom berpasir (sandy loam).

Selain daripada iklim yang sesuai pada pokok limau kasturi dan tidak memilih tanah untuk terus hidup, buah limau kasturi itu sendiri yang membuatkan aku minat hendak menanam pokok limau kasturi ini kerana buahnya sedap dibuat air minuman dan ada juga kadang kala digunakan dalam masakan.

Pokok limau kasturi juga mempunyai banyak khasiat terutama pada buah limau kasturi, antara khasiat limau kasturi adalah :

1) Limau kasturi mengurangkan lelah.
- Ambil sesudu madu, kalau boleh madu asli kemudiam campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.
- Minum campuran jus limau kasturi dengan madu tadi sehingga habis.

2) Limau kasturi melegakan pening kepala.
- Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagia atasnya.
- Kemudian pucit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar dan pastikan anda menghalakan cecair ke arah hidung semasa ia terpancut.

3) Limau kasturi mengatasi masalah badan berbau.
- Amalkan selalu memakan kulit limau kasturi secara mentah.

4) Limau kasturi menyembuhkan sakit tekak.
 Biasanya buah limau kasturi digunakan bagi menyembuh sakit tekak akibat lendir dan kahak.
- Bagi orang dewasa,anda campurkan jus limau kasturi dengan sedikit lada hitam.Kemudiam kacau campuran              
  jus limau kasturi tadi sehingga rata dan minum.
- Jika kanak-kanak pula, anda boleh campurkan jus limau kasturi dengan sedikit madu.Tujuan mengantikan
  lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakan daripada kanak-kanak mengalami kepanasan.

5) Limau kasturi menghilangkan kesan minyak pada pakaian.
- Perahkan sebijik limau kasturi ke dalam piring.
- Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.
- Kemudian gosokkan campuran jus limau kasturi dan garam tadi pada bahagian pakaian yang terkena
  minyak.
- Lepas dah gosok biarkannya selama 5 minit hingga 10 minit kesan minyak tu akan hilang nanti.

Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian bersama dengan pakaian lain macam biasa.

Begitulah 5 khasiat limau kasturi yang dapat aku kongsikan bersama mudah-mudahan ia dapat membantu korang nanti sambil tu dapat juga korang berjimat.

Kebun070707: Penggunaan limau kasturi untuk mengubati penyakit adalah satu ikhtiar sesungguhnya Allah S.W.T yang berkuasa menyembuhkan manusia daripada kesakitan.