Monday, January 9, 2012

Pokok Pisang

Hari ini aku dengan semangatnya bangun awal pagi untuk menyiram pokok pisang yang aku tanam pada minggu lepas.Apabila sampai dikebun aku melihat pokok pisang aku sudah menunjukan tanda-tanda positif untuk hidup.
Alhamdullillah pokok pisang telah pun mengeluarkan pucuk baru .. ini menandakan pokok pisang yang aku tanam ni hidup hheheheheheh

Dibawah ni gambar pokok pisang yang aku tanam untuk tatapan korang .....  


Pokok Pisang Tanduk 
Pisang Tanduk merupakan pisang yang bersaiz besar dan dengan bentuknya  menyebabkan  ianya diberi nama pisang tanduk.
Pisang Tanduk sedap digoreng.

Pokok Pisang Serendah
Pisang serendah sejenis pokok pisang yang ditanam bagi buah dan daunnya.

Pokok pisang serendah biasanya mempunyai daun yang lebar dan tahan  ( tidak mudah koyak )

Pokok pisang serendah ditanam bagi mendapatkan daun pisang yang mempunyai banyak kegunaan.

Buah pisang serendah biasanya dimakan begitu sahaja.


070707: lepas ni kena lagi rajin untuk siram dan baja pokok-pokok ni ......

4 comments:

  1. salam bro,

    Ni tanam belakang rumah ke?ada pokok lain tak?

    ReplyDelete
  2. Ni tanam kat tanah terbiar di kawasan rumah aku ... ada gak aku tanam pokok lain tp kena tunggu!! akan ada post untuk pokok lain plak ... hehheheh

    ReplyDelete
  3. mesti duk area pinggir bandar ni,mmg best berkebun ni,nanti post gambar keseluruhan tanah tu,area mana yer?

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah kalau ada masa nnt aku ambil gambar keseluruhan tanah yang ada.Bro adinor ada kebun ker?share la skali kebun kalau ada... boleh kongsi ilmu berkebun nanti.... hheheh
    kebun aku area seri kembangan jer ....

    ReplyDelete